Nidzam Kadir

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud, Alor Setar sebelum ke Kolej Agama Sultan Zainal Abidin. Seterusnya beliau cuba mencari pengalaman lain dengan belajar seketika di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti al-Azhar, Kaherah dalam bidang pengajian Islam dan Bahasa Arab. Kemudian ijazah sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM. Karya pertama beliau ‘Cakar Harimau-Tip Kebahagiaan Rumah Tangga’ dihasilkan bersama penulis lain. Seterusnya beliau telah menghasilkan beberapa tulisan dalam bidang fiqh. Beliau juga berpengalaman menulis beberapa bab berkaitan alam jin.

Kini beliau ialah pensyarah di UIAM dan aktif mengajar ilmu-ilmu agama merangkumi ilmu tafsir, hadis, aqidah dan fiqh.

Laman web beliau: [Nidzam Kadir]

No comments:

Post a Comment