A History of Palestinian Resistance

Buku ni ditulis secara akademik oleh seorang muslim yang merupakan aktivis Palestin, semua ni membuatkan saya lebih suka untuk mempercayai fakta-fakta yang dihadirkan (Walaupun masih perlu membuka ruang untuk sebarang kontradiksi). Sharing Moments X baru-baru ni telah bertemakan isu Palestin, dan alhamdulillah sambutan dan maklumbalas sangat memuaskan.

Rupanya realiti penindasan terhadap kaum Yahudi di Eropah masih belum dapat aku dalami- sesuatu yang pasti pahit buat mereka. Sebelum Hitler, Czar di Russia telahpun memulakan pelbagai kezaliman pada Yahudi di Russia, dengan menuduh mereka sebagai faktor jatuhnya ekonomi Russia (bermula sekitar 1880-an). Hal ini membangkitkan kemarahan hampir seluruh rakyat Russia terhadap kaum Yahudi, terutamanya rakyat Russia yang beragama Christian- yang mula mengenangkan penentangan Yahudi terhadap Nabi Isa. Dalam sekelip mata, arus ini tersebar hampir ke seluruh benua Eropah.

Juga yang menarik, sejarah membuktikan betapa kepakaran dan ilmu sangat bernilai (selain kepimpinan dan tekad yang kuat). Pergerakan Zionist yang ketika itu sudah hampir buntu dalam usahanya mendapatkan tanah Palestin akhirnya mendapat peluang keemasan apabila British memerlukan kepakaran mereka dalam penghasilan peluru. Chaim Weizmann, presiden World Zionist Organisation (WZO) ketika itu telah mengambil peluang tersebut sebaiknya- setelah itu, masa depan Palestin sudah jelas akan musnah.

Banyak lagi benda yang nak dikongsikan, antaranya ialah bagaimana Fatah pada awal penubuhannya, diketuai Yasser Arafat merupakan organisasi harapan seluruh warga Palestin. Peperangan Karamah (mulia) yang berlaku antara puluhan ahli Fatah dan ratusan- atau ribuan- Zionist telah mencatatkan kemenangan besar di pihak Fatah. Namun jangan disamakan Fatah dahulu dengan sekarang. Begitu juga Yasser Arafat dahulu dan sekarang.

Saya juga tertarik ketika membaca sejarah Phony War dan peperangan yang berikutan itu. Pada pertengahan kurun ke-20, pernah sekali negara-negara Arab sudah terlalu hampir untuk jatuh ke kancah peperangan. Semua ini bermula apabila Kolonel Abullah al-Salal memimpin revolusi di Yaman. Syria dan Egypt menyatakan sokongan mereka, manakala Arab Saudi, Jordan dan Tunisia menentang revolusi. Hasilnya tentera-tentera setiap negara telah siap diatur, hanya menunggu arahan untuk bertindak. Namun segala puji bagi Allah, peperangan tidak berlangsung. Tak berapa lama kemudian (pada 1967), Israel telah mengalahkan Egypt, Syria, dan Jordan serentak dalam satu peperangan yang kontroversi.

Moga sedikit penerangan tentang subjek ini mencetuskan lebih banyak perbincangan yang membuahkan hasil dan memastikan pengaliran ilmu.
---

*Contoh alur masa berdasarkan informasi yang diekstrak daripada buku tersebut

No comments:

Post a Comment