Title: Wang, Anda dan Islam
Author: Zaharuddin Abd Rahman
Publication: True Wealth Publishing
ISBN: 978-983-3364-47-3
ISBN: 978-983-3364-47-3
Rating: aaaaa
Level: Beginner
Reviewed by: A.S Abd Mokti
Tulisan Al-Fadil Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR) ini merupakan pembuka mata bagi semua pihak berkenaan muamalat perbankan, kewangan, kerjaya semasa dan hutang menurut persepsi Islam. Sebagai orang yang berkelulusan dalam bidang Syariah dan pernah bekerja di institusi kewangan Islam, UZAR telah berjaya merungkai permasalahan berkaitan riba, unsur gharar dan syubahat yang terdapat dalam institusi kewangan konvensional dan seterusnya membandingkan dengan sistem ekonomi Islam seperti yang dipraktikkan oleh bank islam dan ‘jendela-jendela’ Islam bank konvensional yang lain.
Buku ini dimulakan dengan memberikan pemahaman kepada pembaca akan betapa pentingnya ilmu berkenaan halal dan haram dalam kewangan, bahaya riba’, nas-nas berkaitan dan salah faham masyarakat hari ini terhadap konsep zuhud dalam Islam. Seterusnya, pembaca dihidangkan pula dengan pengenalan asas berkenaan Ilmu Fiqh Mu’amalat iaitu asas-asasnya, jenis-jenis kontrak (mudhrabah, musyarakah, ijarah, dsb.) dan syarat jual beli dalam Islam secara amnya.
Seterusnya, penulis mengeksplorasi riba’, jenis-jenisnya, konsep gharar (ketidaksamaran) dan judi yang terdapat dalam kerjaya dan perniagaan semasa dan bagaimana cara pembaca boleh mengelakkan diri dari terjebak ke kancah syubahah yang mendekati haram. Penulis seterunya membuat perbandingan secara menyeluruh antara perbankan dan insurans konvensional dengan perbankan Islam dan takaful, sekaligus membetulkan salah faham yang berlaku di kalangan orang awam berkenaan kedua-dua sistem ini. Dalam bab 8 (Isu perbankan dan takaful), UZAR merungkai satu persatu urusniaga konvensional bermula dari simpanan sehingga pelaburan dan mendedahkan kepada pembaca keterdapatan riba’, gharar dan unsur jahalah yang menjadikan kebanyakan skim yang ditawarkan konvensional tidak menepati Syariah. Urusniaga perbankan Islam dan takaful yang menjadi alternatif kepada pengguna juga diterangkan dengan ringkas dan mudah dengan contoh yang praktikal. Semuanya juga dibuat berdasarkan dalil dan nas serta keputusan ijmak ulama dan persidangan ulama peringkat nasional dan antarabangsa.
Selain berbincang mengenai topic perbankan, penulis juga membicarakan tajuk harta haram dan pelbagai cara untuk melupuskannya dalam bab ke 9. Tidak kurang dipentingkan dalam buku ini juga adalah Isu Syariah dalam jualan langsung (Direct selling- Multi Level Marketing), keraguan Syariah dalam skim ini, dan syarat minimum untuk menjadikan MLM suatu skim yang harus, walaupun umum telah mengetahui akan kaburnya skim ini. Tambah menarik tentang buku ini dan menjadikannya lain dari yang lain adalah komentar informatif berkenaan skim pelaburan internet semasa seperti Swisscash, ABB Fund, Eaindex, Winlifund, Dinar Iraq, dan instrumen-instrumen kontemporari seperti ‘leverage’, ‘options’, ‘futures’, jualan saham dan banyak lagi beserta pandangan syarak dalam perkara ini; semuanya bersandarkan nas, dalil dan keputusan ulama’ mu’tabar silam dan kontemporari.
Secara keseluruhannya, buku ‘Wang, Anda, dan Islam’ adalah sebuah buku yang sesuai untuk semua umat Islam yang mementingkan akan halal haramya harta mereka, dan memberi ‘guidline’ kepada pembaca tentang kewangan dan perbankan yang suci dari sudut kaca mata Islam.

No comments:
Post a Comment