Showing posts with label discussion15. Show all posts
Showing posts with label discussion15. Show all posts

20 Hujah Golongan Anti-Hadis & Jawapan

Antara hujah golongan anti hadith, mungkin saya boleh senaraikan sebahagiannya di sini, untuk sesiapa yang nak tahu sedikit sebanyak pegangan mereka, dan mungkin pada masa yang sama menguji kemantapan kepercayaan kita sendiri. Mereka menolak hadith kerana;

-AlQuran lengkap dan sempurna
-AlQuran terjamin kesahihan, hadith tidak
-Rasulullah melakukan kesilapan, alQuran tidak
-Rasulullah, Abu Bakr, dan Umar telah melarang penulisan hadith
-Hadith-hadith tidak ditulis selama 200 tahun selepas kewafatan nabi
-Terdapat banyak percanggahan antara sesama hadith
-Terdapat banyak hadith aneh, pelik, dan tak masuk akal

Walaupun buku ini bertemakan 20 hujah mereka, namun bukti-bukti jelas yang dikemukakan tentang autoriti Nabi Muhammad s.a.w. yang diberikan langung oleh Allah s.w.t. patut juga dititik beratkan. Banyak sekali ayat-ayat Quran yang menegaskan hal ini.

Akhir sekali, saya ingin mengesyorkan mereka yang gemar membaca atau banyak terdedah kepada penulisan para pengkaji barat, selidikilah informasi yang ditatapkan kepada kita dengan mendalam. Banyak sekali cara mereka untuk meruntuhkan keyakinan kita terhadap agama suci ini, apatah lagi jika kita sendiri ‘menyokong’ berlakunya perkara seperti ini.