Hamidah Mat

Hamidah Mat dilahirkan di Jitra, Kedah pada tahun 1976. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Siputeh, Kodiang, Kedah. Kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah daripada tahun 1989 hingga 1991. Pengajian beliau di peringkat menengah diteruskan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang daripada tahun 1992 hingga 1923.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Jordan pada tahun 1994. Ijazah dasar beliau dalam bidang fikah dan usul fiqh daripada University al-Bayt, Jordan dan ijazah sarjana dalam bidang sama daripada Universiti Malaya. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Bahasa Arab di Pusat Matrikulasi UIAM.

Beliau mula berjinak dalam bidang penulisan sudah menghasilkan rangkaian siri pembelajaran Bahasa Arab bagi beberapa pusat pendidikan di SIngapura. Selain itu, beberapa artiket beliau sudah diterbitkan dalam akhbar Berita Harian dan Majalah I terbitan Karangkaf.

No comments:

Post a Comment