Maszlee Malik


Maszlee Malik dilahirkan di Johor Bahru dan membesar di sana sejak tahun 1974. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 2 (STAR), Johor Bahru dan kemudian di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) daripada tahun 1987 hingga 1989.

Kemudian, beliau bertukar haluan ke bidang agama dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke Jordan pada tahun 1994. Ijazah beliau adalah dalam bidang fikah dan usul fiqh daripara Universiti al-Bayt, Jordan dan ijazah Sarjana dalam bidang yang sama daripada Universiti Malaya. Beliau kini adalah pensyaraj di Jabatan Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan di Pusat Matrikulasi UIAM dan sedang melanjutkan pelajaran ke University of Durham, United Kingdom dalam bidang politik.

Beliau juga aktif dalam lapangan NGO danaktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Selain menjadi Ahli Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) daripada tahun 2000 hingga kini, beliau pernah menjadi penasihat agama Pertubuhan Kebajikan Saudara Baru Darul Fitrah. Beliau juga adalah ahli aktif Pertubuhan kebajikan Islam al-Nidaa yang berpusat di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan pertubuhan Muslim professional (MPF)

Selain itu, beliau adlah penasihat bagi beberapa pusat pendidikan Islam di Singapura. Selain menjadi pensyarah dan juga guru seni mempertahankan diri Sin Bao Qi Gong, beliau aktif menulis di majalah-majalah seperti majalah I, Milenia Muslim, remaja I, dan Perspektif. Beliau juga adalah kolumnis tetap laman web seperti http://www.palestinkini.info/ dan http://www.eramuslim.com/ di Indonesia.

Kebanyakan bidang penulisan beliau adalah berkisar isu palestin, isu umat Islam antrabangsa dan fikah kontemporari. Sehingga kini, beberapa buah buku tulisan beliau sudah diterbitkan antaranya ‘Biografi Syeikh Ahmad Yassin’, ‘Persoalan asas isu Palestin’, ‘Aspek-aspek Keislaman isu Palestine’, ‘Road to Beirut’, ‘Soal Jawab Remaja Islam’ dan disertai sarjanyanya yang bertajuk ‘Hukum Talfiq dalam Muamalat’

No comments:

Post a Comment