Title: 20 Hujah Golongan Anti-Hadis & Jawapan
Author: Hafiz Firdaus Abdullah
Publication: Jahabersa 2005
ISBN: 983-170-345-6
Rating: aaa
Level: Beginner
Reviewed by: Safwan
Mengingatkan pembaca tentang bahaya golongan anti hadith, penulis tegas meletakkan mereka sebagai tidak jujur dalam berhujah. Antara lain, golongan ini mengambil sebahagian ayat Quran dan meninggalkan sebahagian lainnya, berkadaran dengan selera dan motif mereka. Golongan yang menolak hadis ini berpendapat Quran dengan sendirinya merupakan sebuah modul lengkap dan tidak perlukan sebarang penambahan.
Selain susunan hujah yang teratur dan rapi, buku ini juga telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama menyenaraikan 20 hujah golongan anti hadith yang mungkin tampak menarik dan benar pada orang kebanyakan. Setiap hujah ini diikuti pula oleh analisa, pembahasan, dan jawapan bangkangan yang meyakinkan. Penulis berkeyakinan bahawa hujah-hujah lain yang dibawa oleh golongan ini semuanya akan dapat dibidas mudah, kerana hujah-hujah itu masih akan berkisarkan 20 hujah yang dibincangkan dalam buku ini.
Seterusnya Hafiz Firdaus membawa hujah-hujah yang membuktikan status Nabi Muhammad s.a.w. serta hak beliau dalam menggubal hukum-hakam islam.
Dalam bahagian terakhir, ragam serta kajian para orientalis barat terhadap hadis dibongkar oleh penulis. 10 ‘kelalaian’ mereka telah disenaraikan, sekaligus menjadikan perbincangan mereka tidak diyakini kesahihannya.

No comments:
Post a Comment